![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/64475d0392d0622df54b3d855a90fda8.png)
Tukar seting Penyelamat Skrin pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Penyelamat Skrin untuk menyembunyikan desktop apabila anda berjauhan daripada Mac anda atau jika anda memerlukan lebih privasi. Ketahui cara menggunakan penyelamat skrin.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Penyelamat Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Imej kecil penyelamat skrin semasa | Penyelamat skrin yang sedang digunakan pada Mac anda. |
Pratonton | Semak cara penyelamat skrin kelihatan dalam skrin penuh. Pilih imej kecil penyelamat skrin daripada grid di bawah, kemudian klik Pratonton. Untuk menghentikan penyelamat skrin dan kembali ke seting Penyelamat Skrin, alihkan penuding. |
Pilihan | Pilihan berbeza berdasarkan penyelamat skrin yang anda pilih.
|
Imej kecil pilihan penyelamat skrin | Klik imej kecil untuk mengesetkan penyelamat skrin anda, seperti Terapung, Mesej, Kata Hari Ini, atau Rawak. Pratonton kecil menunjukkan rupanya. |
Tunjukkan dengan jam | Paparkan masa semasa dengan penyelamat skrin. |
Untuk menukar tempoh Mac anda boleh menjadi tidak aktif sebelum penyelamat skrin bermula, pilih menu Apple dalam bar sisi dan pilih seting di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Lihat Tukar seting Skrin Kunci.
Untuk memulakan atau menghentikan penyelamat skrin apabila anda menggerakkan penuding ke penjuru skrin, pilih menu Apple dalam bar sisi, kemudian klik Sudut Pantas di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Lihat Gunakan sudut pantas.