![](https://help.apple.com/assets/5EF110D6680CE23B38350954/5EF110E3680CE23B3835095C/ms_MY/f755aef36d8dbcce71ea00605d9467c0.png)
Tukar keutamaan Penyelamat Skrin pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Penyelamat Skrin pada Keutamaan Sistem Desktop & Penyelamat Skrin untuk menjadikan imej muncul pada skrin apabila anda tidak menggunakan Mac anda. Anda mungkin mahu melakukan ini untuk menyembunyikan desktop anda semasa anda tidak berada pada komputer anda.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Desktop & Penyelamat Skrin, kemudian klik Penyelamat Skrin.
Buka anak tetingkap Penyelamat Skrin untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai penyelamat skrin | Pilih penyelamat skrin di sebelah kiri, kemudian lakukan mana-mana yang berikut di sebelah kanan, bergantung kepada pilihan anda:
|
Mula selepas | Klik menu timbul “Mula selepas”, kemudian pilih tempoh Mac anda boleh tidak aktif sebelum penyelamat skrin bermula. Jika anda tidak mahu penyelamat skrin bermula, pilih Jangan. |
Tunjukkan dengan jam | Paparkan masa bersama dengan penyelamat skrin. |
Gunakan penyelamat skrin rawak | Benarkan macOS memilih penyelamat skrin untuk digunakan. |
Sudut Pantas | Mulakan atau hentikan penyelamat skrin apabila anda mengalihkan penuding ke sudut skrin. Klik menu timbul untuk satu sudut, kemudian pilih Mulakan Penyelamat Skrin atau Nyahdayakan Penyelamat Skrin. Untuk melihat pengubahsuai dengan sudut pantas, tekan dan tahan kekunci Command, Shift, Option, atau Control, atau kombinasi kekunci ini, semasa melihat menu timbul. |
Petua: Mahu melihat bagaimana penyelamat skrin kelihatan dalam skrin penuh? Pilih penyelamat skrin daripada senarai, alihkan penuding ke atasnya di sebelah kanan, kemudian klik Pratonton. Untuk hentikan penyelamat skrin dan kembali ke anak tetingkap keutamaan, hanya alihkan penuding.