
Seting Bluetooth pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Bluetooth® untuk bersambung secara wayarles dengan peranti seperti papan kekunci, tetikus, trackpad, pengawal permainan, fon kepala, atau peranti Apple lain.
Layari menerusi pilihan di bawah untuk mendapatkan butiran tentang menyesuaikan seting anda.
Untuk membuka seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Buka seting Bluetooth untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth | Gunakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Bluetooth pada Mac anda. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan Bluetooth. | ||||||||||
Peranti Saya | Urus peranti yang disambungkan ke Mac anda sebelum ini dan boleh disambungkan semula secara automatik. | ||||||||||
Peranti Berdekatan | Sambungkan peranti wayarles baharu ke Mac anda dan lihat peranti wayarles boleh ditemui lain yang berada dalam kawasan. Lihat Sambungkan peranti Bluetooth dengan Mac anda. |