Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Gunakan set kepala Bluetooth dengan Mac anda
Gunakan set kepala didayakan Bluetooth untuk mendengar dan input audio. Selepas anda menyambungkan Mac anda dengan set kepala dan memilihnya sebagai peranti bunyi input, ia bertindak sebagai mikrofon dan speaker komputer anda.
Pastikan set kepala anda boleh ditemui untuk menyambungkannya dengan Mac anda (lihat dokumentasi yang disertakan dengan set kepala anda).
Klik ikon status Bluetooth dalam bar menu, pilih set kepala yang anda mahu gunakan, kemudian pilih Sambung.
Set kepala digunakan sebagai peranti input dan output bunyi untuk komputer anda secara automatik.
Jika ikon status Bluetooth tidak kelihatan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bluetooth, kemudian pilih “Tunjukkan Bluetooth dalam bar menu.”