Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Jika penunjuk lampu berkelip pada peranti Bluetooth Apple anda
Apabila papan kekunci, tetikus, atau trackpad Apple didayakan Bluetooth anda diaktifkan, penunjuk lampu berkelip dua kali berturut-turut dan kemudian berulang (kelip-kelip-jeda, kelip-kelip-jeda). Ini bermakna peranti boleh ditemui. Apabila peranti didayakan Bluetooth boleh ditemui, peranti Bluetooth lain boleh mengesan atau bersambung dengannya. Selepas 3 minit, penunjuk lampu dinyahaktifkan. Peranti masih lagi aktif, tetapi tidak lagi boleh ditemui. Untuk membuatkannya boleh ditemui lagi, nyahaktifkannya, kemudian aktifkannya semula.
Apabila peranti Bluetooth Apple berjaya disambungkan dengan Mac anda, lampu penunjuk bercahaya berterusan untuk 3 saat sebelum ia dinyahaktifkan.