Benarkan penggunaan kamera dan input video
Sesetengah app dan tapak web boleh menggunakan kamera dan peranti input video anda untuk memberikan perkhidmatan dan ciri kepada anda. Sebagai contoh, app mungkin mengakses kamera anda untuk menyediakan dan mengambil jenis foto tertentu. Lihat Kawal akses ke kamera.
Untuk membenarkan app atau tapak web menggunakan kamera dan peranti input video anda, klik Benarkan dalam dialog. Jika anda tidak mahu membenarkan penggunaan kamera dan peranti input video, klik Jangan Benarkan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan kamera dan peranti input video anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Anda boleh menyemak dan menukar app serta tapak web yang boleh menggunakan kamera dan peranti input video anda dalam seting Privasi & Keselamatan.
Pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Kamera di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)