Benarkan Apple Remote Desktop untuk mengakses Mac anda
Gunakan Pengurusan Jauh dalam keutamaan Perkongsian untuk membenarkan orang lain mengakses komputer anda menggunakan Apple Remote Desktop.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih kotak semak Pengurusan Jauh.
Jika digesa, pilih tugas yang dibenarkan untuk dilaksanakan oleh pengguna jauh. Jika anda tidak digesa, klik Pilihan untuk pilih tugas.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Pilih "Semua pengguna" untuk benarkan sesiapa yang mempunyai akaun pengguna pada Mac anda untuk berkongsi skrin anda.
Pilih "Pengguna ini sahaja," klik butang Tambah , kemudian pilih pengguna yang boleh berkongsi Mac anda.
Klik Seting Komputer, kemudian pilih pilihan untuk Mac anda. Jika orang menyambung menggunakan pemapar VNC, anda perlu menetapkan kata laluan.
Apple Remote Desktop tersedia dari App Store. Untuk membantu menyediakan dan menggunakan Apple Remote Desktop, lihat Bantuan Remote Desktop.