![](https://help.apple.com/assets/63BCA927AAE78C58DD7FBE35/63BCA92EAAE78C58DD7FBE76/ms_MY/8cfb53953fdf6e7e49ac94510557df95.png)
Perihal volum storan Xsan pada Mac
Volum Xsan berdasarkan peranti storan Cakera Bebas Susunan Lewah (RAID). Pentadbir Xsan menyediakan dan mengurus volum Xsan. Jika komputer anda disambungkan ke rangkaian kawasan storan (SAN) Xsan, volum SAN mungkin tersedia pada komputer anda. Hubungi pentadbir Xsan anda untuk mengetahui cara untuk menyambungkan Mac anda ke SAN.
Anda boleh menggunakan volum Xsan sama seperti sebarang peranti storan lain, tertakluk kepada keizinan dan kuota yang diwujudkan oleh pentadbir Xsan. Jika anda cuba menyimpan lebih daripada yang dibenarkan oleh kuota anda pada volum Xsan, anda melihat mesej yang mengatakan bahawa anda telah melebihi ruang yang diperuntukkan. Untuk mengetahui saiz kuota anda, semak dengan pentadbir.
Selepas komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal tersedia pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar daripada macOS atau mula semula Mac anda).
Alat pengurusan baris perintah Xsan terbina dalam macOS 11 atau lebih baharu. Untuk mendapatkan maklumat tentang cara mengkonfigurasikan dan mengurus rangkaian kawasan storan (SAN) Xsan, lihat Panduan Pengurusan Xsan.