Perihal volum storan Xsan pada Mac
Jika komputer anda disambungkan ke rangkaian kawasan storan (SAN) Xsan, volum SAN mungkin tersedia (dilekap) pada komputer anda. Anda boleh menyambungkan komputer anda ke SAN dengan memasang profil konfigurasi yang disediakan oleh pentadbir Xsan anda atau membenarkan pentadbir Xsan mendaftarkan komputer dalam Pengurus Profil, yang disertakan dengan app macOS Server.
Anda boleh menggunakan volum Xsan sama seperti sebarang peranti storan lain, tertakluk kepada kebenaran dan kuota yang diwujudkan oleh pentadbir Xsan. Jika anda cuba menyimpan lebih daripada yang dibenarkan oleh kuota anda pada volum Xsan, anda melihat mesej yang mengatakan bahawa anda telah melebihi ruang yang diperuntukkan. Untuk mengetahui saiz kuota anda, semak dengan pentadbir.
Volum Xsan berdasarkan peranti storan Cakera Bebas Susunan Lewah (RAID). Pentadbir Xsan menyediakan dan menguruskan volum Xsan dalam app macOS Server dan menggunakanya untuk mencipta profil konfigurasi untuk menyambungkan komputer anda ke SAN. Pentadbir Xsan anda juga boleh menyambungkan komputer anda ke SAN menggunakan Pengurus Profil. Apabila komputer anda disambungkan ke SAN, volum Xsan kekal dilekapkan pada komputer anda sehingga anda atau pentadbir mengeluarkan profil konfigurasi Xsan (walaupun anda mendaftar keluar dari macOS atau mula semula Mac anda).
Untuk mengetahui tentang pentadbiran Xsan, lihat Bantuan macOS Server.