Mula menggunakan tema
Semua pembentangan bermula dengan tema—set tataletak slaid yang telah direka bentuk yang anda boleh gunakan sebagai titik permulaan. Gantikan imej dan teks tema dengan imej dan teks anda sendiri, kemudian tambah lebih slaid mengikut keperluan.
Tambah teks, foto, carta dan banyak lagi
Tambah objek seperti kotak teks , jadual, carta, bentuk dan media (imej, audio dan video) ke sebarang slaid. Anda boleh melapiskan objek, mensaizkannya semula dan memautkannya ke halaman web atau slaid lain dalam pembentangan anda.
Sesuaikan setiap butiran
Sesuaikan rupa apa-apa yang anda tambah ke slaid. Pilih warna baru, tambahkan bayang jatuh, tukar kelutsinaran dan banyak lagi.
Kagumkan mereka dengan animasi
Tambah kesan visual atau animasi untuk mengambil perhatian penonton anda. Sebagai contoh, tambahkan transisi supaya setiap slaid melenyap kepada seterusnya, atau jadikan setiap perkataan dalam tajuk melantun pada slaid.
Bekerjasama dalam masa nyata
Jemput orang lain untuk bekerja dengan anda pada pembentangan anda. Semua orang yang anda jemput boleh melihat perubahan semasa ia dibuat, tetapi anda mengawal orang yang boleh mengedit atau hanya melihat pembentangan.
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Keynote 11.1 pada Mac anda. (Untuk melihat versi Keynote yang anda miliki, pilih Keynote > Perihal Keynote daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda.) Untuk meneroka Panduan Pengguna Keynote, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian. Anda juga boleh memuat turun panduan daripada Apple Books (jika tersedia).
Jika anda memerlukan lebih bantuan, lawati tapak web Sokongan Keynote.
Panduan Pengguna Keynote untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Keynote
- Eksport ke PowerPoint atau format fail lain
- Kurangkan saiz fail pembentangan
- Simpan pembentangan besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal pembentangan
- Alihkan pembentangan
- Padam pembentangan
- Lindungi pembentangan dengan kata laluan
- Kunci pembentangan
- Cipta dan uruskan tema tersuai
- Hak Cipta