Tukar rupa teks carta dan label dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menukar rupa teks carta dengan menggunakan gaya berlainan padanya, menukar fon, menambah jidar dan banyak lagi.
Tukar fon, gaya dan saiz teks carta
Anda boleh tukar rupa semua carta sekaligus.
Ketik carta, kemudian ketik .
Ketik Gaya, kemudian ketik Label.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar fon: Ketik Fon Carta, kemudian ketik nama fon.
Tukar gaya fon: Ketik Fon Carta, ketik bersebelahan nama fon, kemudian ketik gaya (sebagai contoh, Biasa, Tebal dan seterusnya).
Jadikan fon lebih kecil atau lebih besar: Ketik .
Semua teks dalam carta meningkat atau berkurangan mengikut perkadaran (mengikut peratusan yang sama).
Edit tajuk carta
Carta mempunyai tajuk ruang letak (Tajuk) yang tersembunyi secara lalai. Anda boleh menunjukkan dan menamakan semula tajuk carta.
Ketik carta, ketik , kemudian ketik Carta.
Aktifkan Tajuk.
Untuk menukar penjajaran tajuk—contohnya, agar ia berada di sebelah kiri carta—ketik Gaya, kemudian pilih pilihan penjajaran.
Untuk mengalihkan tajuk ke bahagian tengah carta donat, ketik Kedudukan, kemudian ketik Pusat.
Untuk mengedit tajuk, dwiketiknya (untuk membuat kotak muncul di sekelilingnya), kemudian pilih teks, taipkan tajuk baru dan ketik Selesai.
Tambah dan ubah suai label nilai carta
Carta mempunyai label yang menunjukkan nilai titik data khusus. Anda boleh memilih tempat label data kelihatan, cara nombor negatif dipaparkan dan banyak lagi.
Ketik carta, kemudian ketik .
Ketik Gaya, kemudian ketik Label.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk carta pai dan donat: Aktifkan Nilai, kemudian ketik Kedudukan untuk memilih tempat anda mahu label muncul. Untuk sembunyikan label nilai, nyahaktifkan Nilai.
Jika anda pilih Dalam dan aktifkan Elakkan Bertindih, label mungkin beralih untuk mengelakkan bertindih dan garis petunjuk mungkin muncul untuk menyambungkan label pada baji atau segmen. Jika anda memilih Luar, label bergerak ke luar baji atau segmen. Untuk menyambungkan label dengan baji atau segmen, ketik sama ada Lurus atau Bersudut Tepat untuk mengaktifkan garis petunjuk; ketik Tiada jika anda tidak mahu garis petunjuk. Dengan garis petunjuk bersudut tepat, petak bual sejajar kepada lajur, seperti ditunjukkan di bawah.
Untuk carta serak dan gelembung: Ketik Nilai, kemudian pilih antara nilai X atau Y. Untuk menyembunyikan label nilai, nyahaktifkan Tunjukkan Label.
Untuk menukar lokasi label, ketik Lokasi Label, kemudian ketik pilihan.
Jika carta gelembung anda mempunyai gelembung bertindih, anda boleh mengaktifkan Tunjukkan Label Di Hadapan untuk menghentikan label daripada terlindung.
Untuk carta jenis lain: Ketik pilihan di bawah Nilai Siri untuk meletakkan label di lokasi yang dimahukan—seperti Bawah, Tengah, Teratas, atau Atas. Pilihan bergantung pada jenis carta anda.
Untuk mengubah suai cara nombor kelihatan, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk carta pai dan donat: Ketik Format Nombor.
Untuk carta jenis lain: Ketik Label Nilai, kemudian ketik Format Nombor.
Gunakan kawalan untuk membuat perubahan lanjut ke label (kawalan ini tersedia hanya untuk sesetengah jenis carta):
Setkan bilangan tempat perpuluhan: Ketik .
Tambah awalan atau akhiran: Masukkan teks. Ia ditambah di permulaan atau di hujung label.
Tunjukkan pemisah ribu: Aktifkan Pemisah.
Pilih cara untuk memaparkan nombor negatif: Ketik “-100” atau “(100)”.
Ubah suai label paksi
Anda boleh menentukan label yang muncul pada paksi, mengedit namanya dan menukar sudut orientasinya.
Ketik carta, kemudian ketik .
Ketik Gaya, kemudian ketik Label.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Ubah suai tanda pada paksi x: Ketik Label Nilai di bawah Nilai Paksi (X).
Ubah suai tanda pada paksi y: Ketik Label Nilai di bawah Nilai Paksi (Y).
Gunakan kawalan untuk paksi X atau Y untuk melakukan sebarang pelarasan.
Jika anda mengaktifkan Nama Paksi, Keynote menambah nama paksi ruang letak pada carta. Untuk menukarnya, pilih nama paksi, kemudian taipkan nama anda sendiri.
Nota: Pilihan paksi Y mungkin berbeza daripada carta serak dan gelembung.
Untuk menambah kapsyen atau label ke carta, lihat Cipta kapsyen dalam Keynote pada iPad.