Cari pembentangan Keynote pada iPad
Pengurus pembentangan, ditunjukkan di bawah, ialah perkara yang anda lihat apabila anda membuka Keynote dan tiada pembentangan dibuka, atau apabila anda membuka app Fail. Anda boleh mencari pembentangan mengikut tajuknya, atau mencarinya di mana-mana tempat yang anda simpan pembentangan (contohnya pada iCloud Drive, pada peranti anda, pada peranti storan luaran, atau dengan penyedia storan pihak ketiga). Anda juga boleh mengisih pembentangan untuk membantu anda mencari pembentangan yang anda mahu.
Cari pembentangan
Buka Keynote dan jika pembentangan sudah dibuka, ketik Pembentangan di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cari: Ketik dalam medan carian di bahagian atas tetingkap, kemudian masukkan semua atau sebahagian daripada nama pembentangan.
Lihat pembentangan dikongsi atau terbaru diedit sahaja: Ketik Terbaru di bahagian bawah skrin.
Layari semua pembentangan dalam lokasi semasa: Ketik Layari di bahagian bawah skrin. Lokasi yang anda layari ditunjukkan di sepanjang bahagian atas skrin. Sebagai contoh, jika anda lihat Keynote di bahagian atas dan iCloud Drive di bahagian kiri, lokasi semasa ialah folder Keynote dalam iCloud Drive. Untuk menukar tempat anda layari, ketik pautan di penjuru kiri atas untuk melihat senarai Lokasi (anda mungkin perlu mengetik lebih daripada sekali), kemudian ketik lokasi.
Petua: Jika anda sudah berada dalam paparan layari, ketik Layari lagi untuk melihat senarai Lokasi.
Isih mengikut nama, tarikh, saiz atau tag: Ketik Layari di bahagian bawah skrin, leret bawah dalam pengurus pembentangan sehingga butang muncul di bahagian atas, kemudian ketik satu. Untuk melihat pembentangan sebagai senarai dan bukannya imej kecil, ketik .