Panduan Pengguna Keynote untuk iPad
- Selamat Datang
-
- Pengenalan kepada Keynote
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta pembentangan pertama anda
- Buka pembentangan
- Simpan dan namakan pembentangan
- Cari pembentangan
- Cetak pembentangan
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Keynote
- Cipta pembentangan menggunakan VoiceOver
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
- Hak Cipta
Edit video dan audio dalam Keynote pada iPad
Selepas anda menambah video atau audio pada slaid, anda boleh setkannya untuk mengulangi dalam gelung dan menukar masa permulaannya dalam pembentangan anda. Anda juga boleh melaraskan kelantangan main balik untuk audio.
Setkan gelung video atau audio dan masa permulaan
Ketik video atau audio pada slaid untuk memilihnya.
Ketik , kemudian ketik Filem atau Audio.
Untuk mengesetkan masa video atau audio mula dimainkan pada slaid, pilih salah satu daripada berikut:
Apabila anda mengetik slaid: Aktifkan Mula bila Diketik.
Secara automatik apabila slaid muncul: Nyahaktifkan Mula bila Diketik.
Untuk mengesetkan media untuk berulang sehingga anda memajukan slaid, pilih cara anda mahu ia dimainkan:
Mainkan dalam gelung berterusan: Ketik Gelung.
Mainkan ke depan dan kemudian ke belakang: Ketik Gelung Berulang-alik.
Nota: Audio dirakam tidak boleh gelung berulang-alik.
Laraskan kelantangan main balik audio
Ketik untuk memilih audio pada slaid.
Ketik , kemudian ketik Audio.
Seret gelangsar Kelantangan.
Untuk bekerja dengan berbilang objek audio pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu objek, kemudian ketik objek lain dengan jari lain.