Tambah imej dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menambah foto dan grafik ke sebarang slaid dan menggantikan ruang letak media dengan imej anda sendiri. Anda boleh menambah foto dari album foto pada peranti anda, memasukkan foto dan imej dari iCloud atau mengambil foto dengan peranti anda dan menambahnya terus pada slaid anda.
Tambah imej
Pada slaid di tempat anda mahu tambahkan imej, ketik , kemudian ketik .
Ketik Foto atau Video; untuk memasukkan imej daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada”.
Navigasi ke imej, kemudian ketiknya.
Seret sebarang titik biru untuk mengubah saiz imej.
Anda juga boleh salin imej daripada pembentangan atau aplikasi lain.
Cipta ruang letak media
Anda boleh menambah ruang letak media (yang anda boleh tambahkan fail imej, video, atau audio) pada pembentangan. Menggunakan ruang letak media membolehkan anda menggantikan media dengan mudah tanpa mengganggu elemen lain pada slaid.
Tambah imej pada slaid anda, kemudian formatkannya seperti yang anda mahu imej pembentangan anda kelihatan.
Anda boleh menambah topeng, menambah jidar, memutar imej, menukar saiznya dan banyak lagi.
Ketik imej untuk memilihnya, ketik , ketik Imej, kemudian ketik Setkan sebagai Ruang Letak.
Gantikan ruang letak media dengan imej
Ketik di penjuru kanan bawah ruang letak media.
Ketik album; untuk menggunakan foto daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik "Masukkan dari" di bawah album.
Ketik foto yang anda mahu tambah.
Jika anda memasukkan foto daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik folder untuk mencari imej.
Seret sebarang titik biru untuk mengubah saiz imej.
Ambil foto dalam Keynote dan tambahnya pada pembentangan
Jika peranti anda mempunyai kamera, anda boleh mengambil foto dan memasukkan imej terus ke dalam pembentangan anda.
Pada slaid di tempat anda mahu tambahkan foto, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik di penjuru kanan bawah ruang letak media, kemudian ketik Ambil Foto atau Video.
Ketik , ketik , kemudian ketik Kamera.
Untuk mengambil foto, ketik Foto, ketik , kemudian lakukan satu daripada berikut:
Masukkan foto: Ketik Gunakan Foto.
Ambil foto sekali lagi: Ketik Rakam Semula.
Batal dan kembali ke pembentangan: Ketik Ambil Semula, kemudian ketik Batal.
Seret sebarang titik biru untuk mengubah saiz imej.
Anda boleh mengedit foto sama seperti dengan sebarang imej lain. Foto muncul dalam app Foto pada peranti anda.
Tambah perihalan imej
Anda boleh tambahkan perihalan kepada sebarang imej dalam pembentangan anda. Perihalan imej dibaca dengan teknologi bantuan (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses pembentangan anda. Perihalan imej tidak boleh dilihat di mana-mana dalam pembentangan anda.
Ketik imej, ketik , kemudian ketik Imej.
Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport pembentangan anda sebagai PDF, perihalan imej masih boleh dibaca oleh teknologi bantuan. Lihat Eksport ke PowerPoint atau format fail lain dalam Keynote pada iPad.
Untuk menambah perihalan kepada imej dalam galeri imej, lihat Tambah galeri imej dalam Keynote pada iPad. Untuk menambah kapsyen pada imej anda, lihat Cipta kapsyen dalam Keynote pada iPad.
Untuk bekerja dengan berbilang imej pada masa yang sama, sentuh dan tahan satu imej, kemudian ketik imej lain dengan jari lain.