Tambah video dan audio sedia ada dalam Keynote pada iPad
Anda boleh menambah video dan audio pada slaid. Apabila anda menunjukkan slaid semasa pembentangan, video atau audio dimainkan secara lalai apabila anda ketik di mana-mana sahaja pada slaid. Anda boleh setkan gelung video atau audio dan masa permulaan untuk memulakan video atau audio secara automatik apabila slaid muncul. Anda boleh juga menambah lagu tema yang dimainkan untuk keseluruhan pembentangan.
Nota: Fail video dan audio mesti dalam format yang disokong oleh QuickTime pada peranti anda. Jika anda tidak boleh menambah atau memainkan fail media, cuba gunakan iMovie, QuickTime Player, atau Compressor pada Mac untuk menukar fail kepada fail MPEG-4 (dengan sambungan nama fail .m4a) untuk audio, atau fail QuickTime (dengan sambungan nama fail .mov) untuk video.
Anda juga boleh merakam video dan audio dan menambahkannya ke pembentangan anda.
Tambah video atau audio sedia ada
Pada slaid di tempat anda mahu tambahkan video atau audio, ketik , kemudian ketik .
Ketik Foto atau Video; untuk memasukkan media daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada”.
Navigasi ke fail, kemudian ketiknya.
Untuk mensaiz semula video, seret sebarang titik biru.
Ketik butang Main pada media untuk memainkannya.
Anda juga boleh salin fail video daripada pembentangan lain atau daripada aplikasi lain.
Gantikan ruang letak media dengan video
Ketik di penjuru kanan bawah ruang letak media.
Ketik album; untuk menggunakan video daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik "Masukkan dari" di bawah album.
Ketik video yang anda mahu tambah.
Jika anda memasukkan video daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik folder untuk mencarinya.
Seret mana-mana titik biru untuk mengubah saiz video.
Ketik butang Main pada video untuk memainkannya.
Gantikan video
Ketik untuk memilih video pada slaid.
Ketik , ketik Filem, kemudian ketik Gantikan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ambil video baru: Ketik "Ambil Foto atau Video" di bawah album, kemudian ketik Video. Ketik untuk mula merakam; ketik untuk berhenti. Kemudian ketik Gunakan Video.
Pilih fail: Ketik album, atau ketik "Masukkan daripada" di bawah album, kemudian ketik video yang anda mahukan. Ketik Guna.
Tambah perihalan video
Anda boleh menambah perihalan kepada sebarang video dalam pembentangan anda. Perihalan video dibaca dengan teknologi bantuan (sebagai contoh, VoiceOver) apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses pembentangan anda. Perihalan video tidak boleh dilihat di mana-mana dalam pembentangan anda.
Ketik audio untuk memilihnya, ketik , kemudian ketik Filem.
Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport pembentangan anda sebagai PDF, perihalan video masih boleh dibaca oleh teknologi bantuan. Lihat Eksport ke PowerPoint atau format fail lain dalam Keynote pada iPad.
Untuk menambah perihalan pada imej, lihat Tambah perihalan imej.
Tambah perihalan audio
Anda boleh menambah perihalan kepada audio dalam pembentangan anda. Perihalan audio dibaca dengan teknologi bantuan apabila seseorang menggunakan teknologi tersebut untuk mengakses pembentangan anda. Perihalan audio tidak boleh dilihat di mana-mana dalam pembentangan anda.
Ketik audio untuk memilihnya, ketik , kemudian ketik Audio.
Ketik Perihalan, kemudian ketik dalam kotak teks dan masukkan teks anda.
Jika anda mengeksport pembentangan anda sebagai PDF, perihalan audio masih boleh dibaca oleh teknologi bantuan. Lihat Eksport ke PowerPoint atau format fail lain dalam Keynote pada iPad.
Untuk menambah perihalan pada imej atau video, lihat Tambah perihalan imej atau Tambah perihalan video.
Tambah lagu tema
Lagu tema mula bermain apabila pembentangan bermula. Jika terdapat slaid yang telah mempunyai audio atau video, lagu tema turut dimainkan pada slaid tersebut.
Fail ditambah sebagai lagu tema sentiasa dimainkan dari awal.
Ketik , kemudian ketik Lagu Tema.
Ketik Pilih Audio, kemudian ketik lagu untuk menambahnya.
Untuk menambah lagi muzik, ketik Tambah Lagi Trek.
Ketik Gelung supaya lagu tema berulang sehingga pembentangan tamat.
Anda mungkin perlu meleret ke atas untuk melihat pilihan ini.
Untuk menyahaktifkan lagu tema, ketik Lagu Tema, ketik Pilih Audio, kemudian ketik Nyahaktif.
Sesetengah fail media dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Sesetengah media yang dimuat turun hanya boleh dimainkan pada peranti yang digunakan untuk memuat turunnya. Muzik yang dilindungi DRM (pengurusan hak digital) tidak boleh ditambah pada lagu tema pembentangan.
Untuk mengesetkan gelung video atau audio atau melaraskan kelantangan main balik untuk audio, lihat Edit video dan audio dalam Keynote pada iPad.