Tukar keutamaan Kapsyen Main Balik dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Kapsyen daripada keutamaan Main Balik iTunes untuk mengawal cara sari kata digayakan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, klik Main Balik, kemudian klik Konfigurasi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai gaya | Gaya terbina dalam tersedia (Teks Besar, Klasik, Lalai) dan gaya yang anda tambah. | ||||||||||
Baru, Padam | Cipta gaya atau padam gaya yang anda tambah. Gaya baru mempunyai seting gaya yang dipilih apabila anda mengklik Baru. Jika anda menyukai banyak seting untuk gaya sedia ada, pilihnya sebelum anda klik Baru, kemudian tukar seting yang anda tidak suka. | ||||||||||
Seting gaya | Seting untuk gaya baru, atau gaya yang anda sedang edit. Jika anda mahu seting anda sentiasa digunakan, nyahpilih kotak semaknya “Benarkan penggantian video”. Di bahagian bawah, anda boleh mengesetkan warna dan saiz untuk digunakan bagi fon tertentu apabila ia digunakan dalam sari kata. |