Tukar keutamaan Kapsyen Main Balik dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Kapsyen daripada keutamaan Main Balik iTunes untuk mengawal cara sari kata digayakan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, klik Main Balik, kemudian klik Konfigurasi.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai gaya | Pilih daripada gaya terbina dalam yang tersedia (Teks Besar, Klasik, Lalai) untuk mencipta atau memadamkan gaya. | ||||||||||
Baharu, Padam | Cipta gaya atau padam gaya yang anda tambah. Gaya baharu mempunyai seting gaya yang dipilih apabila anda mengklik Baharu. Jika anda menyukai banyak seting untuk gaya sedia ada, pilihnya sebelum anda klik Baharu, kemudian tukar seting yang anda tidak suka. | ||||||||||
Seting gaya | Pilih seting untuk gaya baharu, atau gaya yang anda sedang edit. Di bahagian bawah, pilih warna dan saiz untuk digunakan bagi fon tertentu apabila ia digunakan dalam sari kata. | ||||||||||
Benarkan video mengganti | Benarkan seting video menggantikan seting ini. |