Bermula dengan Freeform pada Mac
Anda boleh menggunakan app Freeform (termasuk pada Mac anda) untuk mencari ilham anda sendiri atau dengan orang lain—rancang jadual perjalanan, bina papan cerita, cipta carta tempat duduk dan banyak lagi. Begini caranya untuk bermula.
Cipta papan
Papan Freeform ialah papan putih dalam talian yang membolehkan anda mengusahakan projek individu, mengadakan sesi memerah otak berkumpulan, atau menggabungkan kedua-duanya. Untuk bermula, buka app Freeform dan klik dalam bar alat.
Tambah teks, media dan banyak lagi
Tambah hampir apa-apa sahaja pada papan—contohnya, klik untuk menambah teks, untuk menambah pautan atau foto, atau untuk menambah nota lekat. Teruskan mengklik dan menambah untuk membina papan anda. Formatkan dan alihkan item ke sekeliling sehingga papan anda sepadan dengan idea anda—lebih besar, lebih baik.
Beritahu cerita dengan papan anda
Simpan adegan untuk menyusun papan anda, kemudian menavigasi dan membentangkan bahagian berlainan papan anda kepada orang lain. Sesiapa yang melihat papan anda boleh menggunakan adegan untuk bergerak di sekitar papan. Klik , klik , kemudian klik Tambah Adegan.
Mulakan pada Mac anda, selesaikan pada iPad anda
Papan Freeform yang anda simpan dalam iCloud—dan sebarang perubahan yang anda buat padanya—kekal dikemas kini pada semua peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama. Untuk menggunakan iCloud dengan Freeform, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama anda di bahagian atas bar sisi, klik iCloud, klik Lihat Semua, kemudian aktifkan Freeform.
Mahu mengetahui lebih lanjut?