Gunakan Siri untuk memainkan Apple Music Classical pada iPhone dan iPad
Anda boleh menggunakan Siri untuk memainkan muzik dalam Apple Music Classical pada iPhone dan iPad anda.
Aktifkan Siri, kemudian buat permintaan anda. Anda boleh menggunakan Siri melalui pelbagai cara:
Mainkan muzik klasik daripada pustaka anda: Hanya sebut, “Mainkan muzik klasik”.
Mainkan muzik daripada komposer kegemaran anda: Sebutkan, sebagai contoh, “Mainkan muzik oleh Mozart”.
Fokus pada zaman khusus: Sebutkan sesuatu seperti “Mainkan Baroque”.
Mainkan karya muzik khusus: Sebut “Mainkan Piano Concerto No. 5 Beethoven.”
Mainkan muzik yang menampilkan instrumen khusus: Sebut “Mainkan muzik selo“.