Cari muzik dalam Apple Music Classical
Anda boleh mencari Apple Music Classical dalam app atau di web untuk mencari album atau rakaman khusus, atau melayari mengikut kategori. Dalam app Classical, anda juga boleh mengecilkan (menapis) hasil senarai.
Cari muzik klasik dalam app
Anda boleh mencari mengikut komposer, karya muzik, konduktor, nombor katalog dan banyak lagi.
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Ketik
di bahagian bawah skrin anda. (Pada iPad, ia berada di bahagian atas skrin.)
Lakukan mana-mana yang berikut:
Cari katalog Classical penuh: Ketik item untuk mencari muzik mengikut komposer, konduktor, artis, karya, nombor katalog dan banyak lagi.
Masukkan istilah carian anda sendiri: Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk rakaman atau instrumen).
Pilih hasil carian terbaru: Ketik sesuatu yang anda cari baru-baru ini, seperti trek, komposer atau album.
Ketik hasil, atau ketik See All [item]. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah atau merentas.)
Untuk memulakan carian baharu, ketik Cancel, kemudian masukkan istilah carian baharu.
Petua: Semasa mencari atau melayari, anda juga boleh mencari dalam senarai yang dikembangkan. Pada iPhone atau iPad, anda mungkin perlu meleret ke bawah dalam senarai item untuk menunjukkan bar carian.
Tapis item dalam app Classical
Selepas anda mencari muzik dalam app Classical dan memilih See All [item], anda boleh mengecilkan atau menapis senarai.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik
.
Pada Android: Ketik
.
Ketik pilihan penapis untuk melihat hanya item sepadan (contohnya, zaman tertentu).
Cari muzik klasik di web
Pergi ke classical.music.apple.com
.
Pilih medan carian di penjuru kiri atas, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Masukkan istilah carian anda sendiri: Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk rakaman atau instrumen).
Pilih hasil carian terbaru: Pilih sesuatu yang anda cari baru-baru ini, seperti trek, komposer atau album.
Temui perkara lain: Pilih item di bawah Discover.
Pilih hasil, atau pilih
untuk pergi ke hasil. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Untuk memulakan carian baharu, pilih
, kemudian masukkan istilah carian baharu.
Petua: Untuk melayari katalog Classical penuh, termasuk album dan karya muzik (mengikut konduktor, orkestra dan banyak lagi) serta senarai main diurus (berdasarkan zaman, suasana atau perincian lain), pilih Browse.
Petua untuk mencari lebih banyak muzik klasik
Untuk meneroka album baharu dan terkenal, serta senarai main yang fokus pada komposer, era atau tema, pilih Home. Anda juga boleh menemui senarai album paling kerap didengar.
Nota: Senarai ini diurus secara mingguan berdasarkan album yang paling kerap dimainkan dalam Apple Music dan Apple Music Classical, paling kerap dikenal pasti oleh Shazam dan paling kerap dibeli dalam iTunes Store.
Setiap komposer, artis, karya muzik, album dan rakaman mempunyai halaman dengan pautan ke item yang berkaitan. Contohnya, pada halaman komposer, pilih karya muzik, senarai main, album atau komposer berkaitan. Anda juga boleh menemui biografi untuk komposer dipilih. (Biografi tidak tersedia dalam semua bahasa dan mungkin tidak tersedia di sesetengah negara atau rantau.)
Pada iPad, anda boleh menyesuaikan bar tab dan bar sisi untuk memperibadikan pengalaman anda. Lihat Sesuaikan tataletak dalam Muzik pada iPad.