![](https://help.apple.com/assets/65E20D8F19D9C0AB530AE3F3/65E20D9003C5C2E1CF0C8C09/ms_MY/8bb02e6c1fdf0e5a3a185e2cdf6886e0.png)
Main muzik dalam Apple Music Classical
Anda boleh menstrim muzik—memainkannya semasa anda disambungkan ke internet—dalam Apple Music Classical .
![iPhone menunjukkan tab Laman Utama dalam Apple Music Classical. Di atas skrin ialah senarai main ditampilkan. Senarai main Terbaru Dimainkan terletak di bahagian tengah skrin dan di bawahnya ialah Pemain Mini, yang menunjukkan trek yang sedang dimainkan. Di bahagian paling bawah skrin ialah butang Laman Utama, Layari, Pustaka dan Cari.](https://help.apple.com/assets/65E20D8F19D9C0AB530AE3F3/65E20D9003C5C2E1CF0C8C09/ms_MY/6e7c4a8ee3af15603a745954c3b2b0c7.png)
Pilih daripada mana-mana daripada yang berikut:
(Pada iPad, anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan item ini dalam bar sisi.)
Home: Pilih daripada senarai main dan album ditampilkan, yang dipilih oleh pakar. Lihat Terokai muzik baharu dan ditampilkan.
Browse: Cari muzik mengikut kategori. Lihat Layari mengikut kategori.
Library: Buat pilihan berdasarkan koleksi komposer, artis dan muzik yang paling anda sukai. Lihat Tambah muzik ke pustaka anda.
Search: Cari mengikut komposer, tajuk dan banyak lagi untuk mencari senarai main, album, rakaman atau trek tertentu. Lihat Cari dalam Apple Music Classical.
Untuk memainkan senarai main atau album, ketik
; untuk memainkan trek, ketik tajuk.
Petua: Jika anda mahu mendengar muzik semasa anda tidak bersambung ke internet, anda boleh menggunakan app Apple Music untuk memuat turun muzik yang anda tambah ke pustaka anda. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah dan muat turun muzik daripada Apple Music.