Belajar daripada pakar dalam Apple Music Classical
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang komposer, artis, album dan karya muzik dalam Apple Music Classical .
Baca biografi
Biografi tersedia untuk komposer dan artis terpilih.
Ketik nama dalam senarai untuk membuka halaman komposer atau halaman artis.
Ketik Lagi untuk mengembangkan biografi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Nota: Biografi tidak tersedia dalam semua bahasa dan mungkin tidak tersedia di sesetengah negara atau rantau.
Baca nota album
Baca perihalan karya muzik
Ketahui lebih lanjut
Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut semasa melayari atau memainkan muzik:
Nota: Pada iPad, anda mungkin perlu mengetik untuk memaparkan Laman Utama dan Layari dalam bar sisi.
Dengar senarai main dengan panduan audio: Ketik Laman Utama dan pilih item daripada The Story of Classical atau Track by Track.
Baca tentang instrumen dan jenis suara: Ketik Browse dan pilih kategori Instruments.
Petua: Semasa anda memainkan trek atau pergerakan, anda boleh melihat label rekod, komposer dan banyak lagi. Buka Pemain Skrin Penuh dan ketik .