Pasang Apple Music Classical
Sebelum anda boleh mendengar muzik dalam Apple Music Classical, anda perlu mempunyai app Apple Music Classical dan app Apple Music.
Anda juga perlu melanggan Apple Music. Apple Music Classical adalah percuma dengan langganan Apple Music anda.
Nota: Anda boleh melanggan Apple Music atau Apple One, yang menyertakan Apple Music dan perkhidmatan lain. Apple Music dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Pasang app Apple Music Classical pada iPhone atau iPad
Anda boleh memasang Apple Music Classical pada sebarang iPhone dengan iOS 15.4 atau lebih baharu, atau sebarang iPad dengan iPadOS 15.4 atau lebih baharu.
Nota: Untuk mengemas kini iPhone atau iPad anda ke versi terkini iOS atau iPadOS, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini iPhone atau iPad anda.
Pergi ke app App Store pada iPhone atau iPad anda.
Cari Apple Music Classical , kemudian ketik Dapatkan.
Jika diperlukan, sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk memasang app.
Nota: Ketersediaan App Store berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pasang app Apple Music Classical pada Android
Anda boleh memasang Apple Music Classical pada sebarang peranti Android dengan Android 9.0 (Pie) atau lebih baharu.
Nota: Untuk mengemas kini peranti Android anda, buka app Seting dan cari Kemas Kini Perisian atau Kemas Kini Sistem.
Pergi ke Google Play Store pada peranti Android anda.
Cari Apple Music Classical , ketik Pasang, kemudian ikut arahan atas skrin.
Pasang app Apple Music pada Android
Untuk mula mendengar Apple Music Classical pada peranti Android, anda perlu memasang app Apple Music Classical dan app Apple Music.
Penting: Jika anda telah mempunyai app Apple Music, lihat Sambungkan app Apple Music Classical ke app Apple Music pada Android.
Pergi ke Google Play Store pada peranti Android anda.
Cari Apple Music , ketik Pasang, kemudian ikut arahan atas skrin.
Sambungkan app Apple Music Classical ke app Apple Music pada Android
Untuk mula mendengar Apple Music Classical pada peranti Android, anda perlu memasang app Apple Music Classical, memasang app Apple Music dan menyambungkan dua app.
Pergi ke app Apple Music pada peranti Android anda.
Daftar masuk ke akaun Apple Music anda dan melanggan, jika anda belum melanggan.
Pergi ke app Apple Music Classical pada peranti Android anda.
Ketik Home, ketik , ketik Settings, kemudian ketik Connect to Apple Music.