Edit atau padamkan senarai main dalam Apple Music Classical
Selepas anda mencipta senarai main dalam Apple Music Classical, anda boleh menamakan semula senarai main, menyusun semula dan mengeluarkan item, atau memadamkan senarai main.
Untuk menambahkan lebih banyak muzik ke senarai main anda, lihat Tambahkan muzik ke senarai main.
Edit senarai main klasik dalam app
Jika anda mempunyai app Apple Music Classical pada peranti anda, anda boleh mengeluarkan muzik daripada senarai main, menyusun semula item dan menamakan semula senarai main.
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone: Ketik Library, ketik Playlists, ketik senarai main yang anda cipta, kemudian ketik
.
Pada iPad: Ketik senarai main yang anda cipta, kemudian ketik
. (Anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan Playlists dalam bar sisi.)
Pada Android: Ketik Library, ketik Playlists, ketik senarai main yang anda cipta, kemudian ketik
.
Ketik Edit.
Nota: Jika anda melihat mesej bahawa senarai main mengandungi trek bukan klasik, ketik Open Apple Music. Dalam app Apple Music
, ketik Library, ketik Playlists, kemudian pilih senarai main yang anda mahu edit.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan muzik: Ketik
di sebelah item yang anda mahu keluarkan. Anda mungkin perlu mengetik Delete untuk sahkan.
Susun semula item: Sentuh dan tahan
di sebelah item yang anda mahu alihkan, kemudian seret item ke atas atau ke bawah dalam senarai.
Namakan semula senarai main: Ketik nama semasa senarai main, kemudian masukkan nama baharu.
Ketik Done.
Padam senarai main klasik dalam app
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone: Ketik Library, ketik Playlists, ketik senarai main yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Pada iPad: Ketik senarai main yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
. (Anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan Playlists dalam bar sisi.)
Pada Android: Ketik Library, ketik Playlists, ketik senarai main yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik
.
Ketik Delete from Library, kemudian ketik Delete from Library.
Edit senarai main klasik di web
Jika anda mendengar Apple Music Classical di web, anda boleh menamakan semula senarai main dan mengeluarkan muzik daripadanya, tetapi anda tidak boleh menyusun semula item.
Pergi ke classical.music.apple.com
.
Pilih senarai main dalam bar sisi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Namakan semula senarai main: Pilih
di sebelah kanan, pilih Edit, kemudian masukkan nama baharu.
Keluarkan muzik: Pilih
untuk trek, kemudian pilih Remove from Playlist.
Padam senarai main klasik di web
Pergi ke classical.music.apple.com
.
Pilih senarai main dalam bar sisi, pilih
di sebelah kanan, kemudian pilih Delete from Library.
Nota: Memadamkan senarai main tidak akan mengeluarkan sebarang muzik daripada senarai main yang anda tambah secara berasingan ke pustaka anda.