Kongsi muzik, komposer dan artis dalam Apple Music Classical
Anda boleh berkongsi muzik, komposer dan artis daripada Apple Music Classical dengan orang lain yang melanggan Apple Music.
Kongsi muzik
Cari atau layari untuk mencari senarai main, album, karya muzik, atau rakaman. Anda juga boleh memilih item daripada skrin Pustaka.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pada iPhone atau iPad: Ketik .
Pada Android: Ketik .
Ketik Share [Item], kemudian ketik pilihan perkongsian.
Tambah butiran penerima.
Kongsi komposer atau artis
Anda boleh berkongsi komposer atau artis semasa anda berada di halaman mereka. Untuk melihat maklumat komposer atau artis, penerima anda juga memerlukan Apple Music Classical.
Petua: Orang yang anda hantar mesej atau item baru-baru ini ditunjukkan di atas pilihan perkongsian. Ketik nama untuk berkongsi item dengan mereka dengan cepat.