Baris gilirkan muzik anda dalam Apple Music Classical
Gunakan baris gilir Up Next untuk melihat senarai muzik akan datang dan tambah trek pada baris gilir. Contohnya, jika anda sedang mendengar senarai main, anda boleh memilih album untuk mendengarnya selepas trek yang sedang dimainkan tamat. Apabila album tamat, Apple Music Classical terus memainkan senarai main.
Urus baris gilir dalam app Classical
- Pergi ke app Apple Music Classical - pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda. 
- Semasa muzik sedang dimainkan, ketik MiniPlayer untuk membuka skrin Now Playing. 
- Ketik - , kemudian ketik trek untuk memainkannya dan muzik yang mengikutinya. - Untuk menyusun semula senarai, seret trek ke tertib yang anda mahu. 
- Ketik - lagi untuk menyembunyikan baris gilir. 
Tambah muzik pada baris gilir dalam app Classical
- Pergi ke app Apple Music Classical - pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda. 
- Semasa melayari atau memainkan muzik, ketik butang More (ia kelihatan seperti ini - , ini - atau ini - ) untuk trek, album atau senarai main, kemudian pilih pilihan: - Tambah muzik terus selepas item yang sedang dimainkan: Ketik Play Next. 
- Tambah muzik pada penghujung baris gilir: Ketik Play After atau Add to Queue. 
 
Petua: Anda juga boleh menyentuh dan menahan item untuk menambahkannya ke baris gilir.
Urus baris gilir dalam app Classical
- Pergi ke app Apple Music Classical - pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda. 
- Semasa muzik sedang dimainkan, ketik MiniPlayer untuk membuka skrin Now Playing. 
- Ketik - , kemudian lakukan mana-mana yang berikut: - Tukar tertib muzik dalam baris gilir: Seret trek ke dalam tertib yang anda mahu ia dimainkan. 
- Keluarkan semua muzik daripada baris gilir: Ketik Clear di bahagian atas baris gilir. 
 
Gunakan baris gilir di web
- Pergi ke classical.music.apple.com - . 
- Pilih - di penjuru kanan atas, kemudian pilih trek untuk memainkannya dan muzik yang mengikutinya. 
- Pilih - lagi untuk menyembunyikan baris gilir. 
Keluarkan muzik daripada baris gilir di web
- Pergi ke classical.music.apple.com - . 
- Pilih - di penjuru kanan atas, kemudian lakukan salah satu yang berikut: - Keluarkan semua trek daripada baris gilir: Pilih Clear di bahagian atas baris gilir. 
- Keluarkan satu trek daripada baris gilir: Pilih - di atas karya seni trek.