Main muzik dalam Apple Music Classical
Apabila anda disambungkan ke internet, anda boleh menstrim muzik dalam Apple Music Classical.
Mainkan muzik klasik dalam app
Pergi ke app Apple Music Classical
pada iPhone, iPad, atau peranti Android anda.
Pilih daripada mana-mana daripada yang berikut:
(Pada iPad, anda mungkin perlu mengetik
untuk memaparkan item ini dalam bar sisi.)
Home: Pilih daripada senarai main dan album yang ditampilkan, yang dipilih oleh pakar.
Browse: Cari muzik mengikut kategori.
Library: Buat pilihan berdasarkan koleksi komposer, artis dan muzik yang paling anda sukai. Lihat Tambahkan muzik ke pustaka anda.
Search: Cari mengikut komposer, tajuk karya muzik dan banyak lagi untuk mencari senarai main, album, rakaman atau trek khusus. Lihat Cari muzik.
Untuk memainkan senarai main atau album, ketik
; untuk memainkan trek, ketik tajuk.
Mainkan muzik klasik di web
Pergi ke classical.music.apple.com
.
Pilih daripada mana-mana daripada yang berikut:
Home: Pilih daripada senarai main dan album yang ditampilkan, yang dipilih oleh pakar.
Browse: Cari muzik mengikut kategori.
Library: Buat pilihan berdasarkan koleksi komposer, artis dan muzik yang paling anda sukai. Lihat Tambahkan muzik ke pustaka anda.
Playlists: Pilih senarai main.
Search: Cari mengikut komposer, tajuk karya muzik dan banyak lagi untuk mencari senarai main, album, rakaman atau trek khusus. Lihat Cari muzik.
Untuk memainkan senarai main atau album, pilih
; untuk memainkan trek, pilih tajuk.
Petua: Jika anda mahu mendengar muzik semasa anda tidak bersambung ke internet, anda boleh menggunakan app Apple Music untuk memuat turun muzik yang anda tambah ke pustaka anda. Lihat artikel Sokongan Apple Tambah dan muat turun muzik daripada Apple Music.