Pasang app Apple Music Classical
Sebelum anda boleh mendengar muzik dalam app Apple Music Classical , anda perlu memasang app Apple Music Classical dan app Apple Music
pada peranti anda. App Apple Music diprapasang pada iPhone dan iPad. Anda juga perlu melanggan Apple Music. Apple Music Classical adalah percuma dengan langganan Apple Music anda.
Nota: Anda boleh melanggan Apple Music atau Apple One, yang menyertakan Apple Music dan perkhidmatan lain. Apple Music dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Gabungkan langganan Apple dengan Apple One.
Pasang app Apple Music Classical pada iPhone atau iPad
Anda boleh memasang Apple Music Classical pada sebarang iPhone dengan iOS 16 atau lebih baharu, atau sebarang iPad dengan iPadOS 16 atau lebih baharu.
Nota: Untuk mengemas kini iPhone atau iPad anda ke versi terkini iOS atau iPadOS, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini iPhone atau iPad anda.
Pergi ke app App Store
pada iPhone atau iPad anda.
Nota: Ketersediaan App Store berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Cari Apple Music Classical
, kemudian ketik Dapatkan.
Jika perlu, sahkan dengan Face ID, Touch ID, atau kod laluan anda untuk memasang app.
Jika anda perlu melanggan Apple Music, pergi ke app Apple Music Classical
, ketik Get Started, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Pasang dan sediakan app Apple Music Classical pada Android
Anda boleh memasang Apple Music Classical pada sebarang peranti Android dengan Android 9.0 (Pie) atau lebih baharu. Selepas anda memasang app Apple Music Classical, anda perlu memasang app Apple Music dan menyambungkan kedua-dua app tersebut.
Nota: Untuk mengemas kini peranti Android anda, buka app Seting dan cari Kemas Kini Perisian atau Kemas Kini Sistem.
Pergi ke Google Play Store pada peranti Android anda.
Cari Apple Music Classical
, ketik Pasang, kemudian ikut arahan atas skrin.
Jika anda perlu memasang app Apple Music
, pergi ke Google Play Store.
Langgan Apple Music jika anda belum berbuat demikian.
Pergi ke app Apple Music Classical pada peranti Android anda.
Ketik Home, ketik
, ketik Settings, kemudian ketik Connect to Apple Music.