
Gunakan Pusat Kawalan dengan VoiceOver pada Mac
Anda boleh menggunakan Pusat Kawalan untuk mengakses kawalan yang paling kerap anda gunakan pada Mac anda—seperti Bluetooth, AirDrop, Pencerminan Skrin dan Fokus—terus daripada bar menu. Anda juga boleh membuka app—seperti Kalkulator—dan menyesuaikan kawalan yang kelihatan dalam Pusat Kawalan.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver yang anda boleh tekan dengan kekunci tambahan untuk memasukkan perintah VoiceOver. Secara lalai, anda boleh menekan Control dan Option serentak atau hanya menekan Caps Lock.
Aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-Shift-O untuk membuka Pusat Kawalan.
Tekan VO-Anak Panah Bawah, VO-Anak Panah Atas, VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi menu.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Aktifkan atau nyahaktifkan butang: Navigasi menu Pusat Kawalan, kemudian tekan VO-Space.
Alihkan gelangsar: Navigasi menu Pusat Kawalan sehingga anda mendengar tindakan yang anda mahu lakukan, kemudian tekan VO-Space.
Tambah kawalan ke Pusat Kawalan: Navigasi menu Pusat Kawalan sehingga anda mendengar Edit Kawalan, kemudian tekan VO-Space. Navigasi menerusi menu atau cari kawalan yang anda mahu tambah ke Pusat Kawalan, tekan VO-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Space apabila anda mendengar Tambah ke Pusat Kawalan.
Keluarkan kawalan daripada Pusat Kawalan: Navigasi menu Pusat Kawalan sehingga anda mendengar Edit Kawalan, kemudian tekan VO-Space. Navigasi menerusi menu atau cari kawalan yang anda mahu keluarkan, kemudian tekan VO-Space apabila anda mendengar Keluarkan Butang.
Muat turun panduan ini dalam Format Sedia Braille: BRF (Bahasa Inggeris)