Gunakan editor teks baris perintah dalam Terminal
Untuk mengedit fail teks biasa dalam Terminal, anda boleh gunakan editor teks baris perintah.
Editor teks adalah antara program paling lama tersedia pada sebarang sistem operasi dan terdapat dalam pelbagai jenis, daripada editor teks automatik, di mana anda secara asasnya menulis resipi untuk tindakan apa yang perlu diambil dalam teks dan biarkan komputer melakukan kerja, kepada editor teks yang lebih interaktif yang boleh mengedit (dan menyimpan) teks dalam pelbagai jenis format.
Untuk kerja bertujuan umum, ianya mudah untuk bekerja dengan salah satu editor teks yang disertakan dengan macOS. Jika anda mahu gunakan editor teks bergrafik, gunakan TextEdit (dalam Launchpad). Jika tidak, gunakan salah satu daripada kebanyakan editor baris perintah yang disediakan. Tiga editor teks baris perintah berciri penuh yang disertakan dengan macOS adalah:
Nano nano
adalah editor berasaskan baris perintah ringkas. Ia menggantikan editor Pico, jadi arahan untuk menggunakan editor Pico boleh digunakan dengan nano
. Jika anda menggunakan editor Pico, anda sebenarnya menjalankan nano
. nano
merupakan pengenalan yang bagus untuk menggunakan editor berasaskan baris perintah kerana ia disertakan dengan bantuan skrin yang mudah diikuti.
Vim vim
adalah editor teks serasi vi
. Ia mempunyai banyak peningkatan berkuasa untuk bergerak, mencari dan mengedit dokumen. Pengeditan asas adalah mudah untuk dipelajari dan mempunyai banyak fungsi tambahan untuk diteroka. Anda boleh mengakses kebanyakan fungsi dengan menggunakan gabungan ketukan kekunci yang mencetuskan kelakuan yang tertentu. vim
, atau editor yang bermodelkannya, vi
, ditemui dalam kebanyakan sistem operasi berasaskan UNIX. Anda akan melakukan banyak pengeditan daripada baris perintah, ia merupakan editor yang bagus dipelajari untuk digunakan, tetapi jika anda hanya menggunakan editor berasaskan baris perintah sekali sekala, anda boleh fahamkan tanpa mempelajarinya.
Emacs Seperti vim
, emacs
adalah editor yang sangat berciri penuh yang ditemui pada kebanyakan sistem operasi berasaskan UNIX. Sebagai tambahan kuasa pengeditannya, emacs
sangat boleh disesuaikan, dengan fungsi tambahan tersedia dalam modul yang membolehkan antara muka emacs
melakukan lebih dari sekadar pengeditan teks. Ianya amat mudah digunakan untuk pengeditan asas dan mempunyai banyak fungsi untuk anda terokai. Seperti vim
, emacs
menggunakan gabungan ketukan kekunci untuk mengakses kebanyakan fungsi perilaku yang berbeza. Gabungan ketukan kekunci ini memerlukan hafalan, jadi emacs
adalah paling berguna jika anda menggunakan baris perintah dengan kerap.
Jika anda baru pada baris perintah dan tidak menjangkakan untuk menggunakannya dengan banyak untuk pengeditan, mungkin nano
adalah pilihan anda yang terbaik. Jika anda menjangkakan untuk menggunakan banyak masa menggunakan persekitaran baris perintah, ianya berbaloi mempelajari sama ada vim
atau emacs
. Masing-masing mempunyai falsafah reka bentuk yang sangat berbeza, jadi ambil sedikit masa dengan kedua-duanya untuk menentukan mana yang berfungsi paling baik untuk anda.
Anda menggunakan editor baris peintah dengan menaip nama editor, diikuti dengan ruang dan kemudian nama fail yang anda mahu buka. Jika anda mahu mencipta fail baru, taip nama editor, diikuti dengan ruang dan nama laluan fail. Begini contoh menggunakan
nano
untuk membuka fail baru bernama “myFile.conf” dalam folder Dokumen anda:$ nano ~/Documents/myFile.conf
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan nano
, vim
, atau emacs
, lihat halaman panduannya.