Bantuan Terminal
Selamat Datang ke Terminal
Pada baris perintah, laksanakan perintah UNIX, serta jalankan skrip untuk mempercepatkan aliran kerja anda dan mengautomasikan tugasan yang berulang.
Jadikan tetingkap Terminal menyerlah dengan profil
Apabila anda log masuk ke beberapa pelayan, warna latar belakang unik dan tajuk tetingkap yang ditentukan dalam profil membantu anda mengenal pasti tetingkap Terminal yang betul. Gunakan profil yang dibina ke dalam Terminal, atau cipta profil tersuai anda sendiri. Untuk bekerja dengan profil, pilih Terminal > Keutamaan, kemudian klik Profil.
Navigasi tetingkap Terminal
Tambah penanda dan penanda buku semasa anda bekerja, kemudian gunakan untuk menavigasi melalui output tetingkap Terminal yang panjang dengan cepat. Pilih baris dalam tetingkap Terminal, kemudian pilih Edit > Tanda > Tanda untuk menambah penanda, atau Edit > Tanda > Tandakan sebagai Penanda Buku untuk menambah penanda buku.
Uruskan proses
Gunakan pemeriksa untuk melihat dan menguruskan proses yang berjalan, serta edit tajuk tetingkap dan warna latar belakang dengan cepat. Untuk membuka pemeriksa, tekan Command-I. Untuk menghantar perintah ke proses, pilihnya, klik , kemudian pilih perintah daripada Isyaratkan Kumpulan Proses.
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Cipta dan uruskan profil, Gunakan tanda dan penenda buku, serta Laksanakan perintah dan jalankan alat.