Gunakan keutamaan Tab dalam Terminal untuk tentukan maklumat yang muncul dalam tajuk tab untuk profil. Untuk membuka anak tetingkap ini, pilih Terminal > Keutamaan, klik Profil, kemudian klik Tab.
Pilih maklumat untuk dipaparkan dalam tajuk untuk tab.
Direktori atau dokumen kerja: Paparkan nama direktori atau dokumen kerja.
Laluan: Paparkan nama laluan direktori atau dokumen.
Nama proses aktif: Paparkan nama proses aktif.
Argumen: Paparkan argumen untuk proses aktif.
Nama TTY: Paparkan nama terminal.
Tunjukkan item lain apabila terdapat tajuk tersuai: Jika anda mencipta nama tersuai, kotak semak ini mengawal sama ada item lain yang dipilih untuk tajuk dipaparkan.