Cipta atau sertai album dikongsi dalam Foto pada Mac
Selepas anda mengaktifkan Album Dikongsi, anda boleh mencipta album dikongsi untuk berkongsi foto dan video anda. Orang yang anda jemput boleh menyertai album dikongsi dan menyukai atau memberi komen pada item.
Cipta album dikongsi
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik
di sebelah Album Dikongsi, kemudian pilih seting untuk album dikongsi:
Nama Album Dikongsi: Taipkan nama untuk album dikongsi.
Orang Yang Boleh Mengakses: Pilih sama ada sesiapa sahaja dengan pautan boleh mengakses album atau hanya orang yang anda pilih.
Permintaan Akses: Pilih sama ada orang tambahan dengan pautan boleh meminta akses.
Jadikan Album Sementara: Pilih sama ada untuk membenarkan album tamat tempoh. Selepas 30 hari, sebarang foto atau video yang tidak disimpan ke pustaka anda akan dipadam.
Klik Cipta.
Orang yang anda jemput menerima e‑mel yang meminta mereka menyertai album dikongsi anda.
Lihat album dikongsi
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Album Dikongsi dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Album Dikongsi dalam bar sisi, tahan penuding di atas Perkongsian dalam bar sisi, kemudian klik
.
Dwiklik album dikongsi untuk melihatnya.
Klik
untuk melihat semua album dikongsi anda lagi.
Sertai album dikongsi
Apabila seseorang menjemput anda untuk menyertai album dikongsi mereka, anda menerima e-mel atau mesej teks dengan jemputan. Dalam e-mel jemputan, klik Langgan, kemudian klik Sertai.
Jika anda tidak menyertai album dikongsi dengan cara ini, anda juga boleh melakukan yang berikut:
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Aktiviti di bawah Perkongsian dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Aktiviti dalam bar sisi, tahan penuding di atas Perkongsian dalam bar sisi, kemudian klik
.
Klik Terima.
Nota: Orang yang mencipta album menerima pemberitahuan apabila seseorang menerima jemputan untuk menyertai album dikongsi.
Padamkan atau keluarkan diri anda daripada album dikongsi
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Album Dikongsi dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Album Dikongsi dalam bar sisi, tahan penuding di atas Perkongsian dalam bar sisi, kemudian klik
.
Control-klik album, kemudian pilih Padam Album Dikongsi atau Tinggalkan Album Dikongsi.
AMARAN: Sebelum anda meninggalkan atau memadamkan album dikongsi, pastikan anda telah memuat turun mana-mana foto dan video yang orang lain tambahkan ke album dan yang anda mahu simpan. Jika anda fikir peserta mungkin mahu menyimpan sebarang foto atau video daripada album, anda seharusnya memaklumkan mereka untuk menyimpan item sebelum anda memadamkan album dikongsi. Foto yang anda kongsikan tidak dipadamkan dalam pustaka foto anda.
Lihat aktiviti, gemar dan komen pada foto dalam album dikongsi
Anda boleh melihat aktiviti terkini dalam album dikongsi anda, termasuk foto yang ditambah baru-baru ini dan orang yang menambahnya.
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Aktiviti di bawah Perkongsian dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat Aktiviti dalam bar sisi, tahan penuding di atas Perkongsian dalam bar sisi, kemudian klik
.
Skrol untuk melihat perubahan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Berikan reaksi kepada kumpulan foto dan video yang dimuat naik baru-baru ini: Klik
dalam suapan Aktiviti, kemudian pilih reaksi.
Berikan reaksi kepada foto atau video: Dwiklik foto, klik
, kemudian klik
, kemudian pilih reaksi.
Komen pada foto atau video: Dwiklik foto, klik
, kemudian klik Tambah Komen. Taipkan komen anda, kemudian klik Hantar.
Apabila anda menyukai atau memberi komen pada item, pemberitahuan dihantar kepada pencipta album dikongsi dan semua peserta. Untuk padam komen yang anda tambahkan ke item, tahan penuding di atas komen dan klik butang Delete.