Proses semula fail RAW diimport dalam Foto pada Mac
Jika anda import fail RAW yang telah diproses oleh app lain, pemprosesan RAW foto mungkin telah lapuk. Pemprosesan RAW foto digunakan oleh Foto mungkin juga dikemas kini apabila Apple mengeluarkan Kemas Kini Keserasian Kamera Digital RAW atau versi terkini macOS. Jika anda menyukai rupa foto RAW, anda boleh biarkannya, atau anda boleh memproses semula fail RAW dengan versi terbaharu perisian pemprosesan RAW Apple.
Penting: Foto anda mungkin kelihatan berbeza selepas pemprosesan semula. Anda tidak boleh membuat asal perubahan ini.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dwiklik foto untuk membukanya, kemudian klik butang Edit dalam bar alat.
Pilih Imej > Proses Semula RAW.
Jika perintah Proses Semula RAW kelihatan dimalapkan dalam menu, pemprosesan RAW foto adalah terkini.