Asas pengeditan dalam Foto pada Mac
Anda boleh menggunakan alat pengeditan Foto untuk membuat perubahan ringkas pada foto dan video anda dengan mudah, seperti memutarnya atau memangkasnya untuk mendapatkan pembingkaian terbaik. Anda juga boleh menggunakan lebih daripada 12 pelarasan canggih untuk menukar pendedahan dan warna, mengeluarkan tanda atau kecacatan, membuang mata merah, menukar imbangan putih dan banyak lagi.
Anda boleh menduplikasikan foto dan video untuk mencuba pelarasan dan menyalin pelarasan ke foto lain. Jika anda tidak suka perubahan yang anda lakukan, anda boleh membuat asal perubahan.
Edit foto atau video
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Dwiklik imej kecil foto atau video, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Pilih imej kecil foto atau video, kemudian tekan Return.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Apabila anda selesai mengedit, klik Selesai atau tekan Return.
Apabila anda menukar foto atau video, Foto menyimpan kandungan asal supaya anda sentiasa boleh membuat asal perubahan anda dan menukar kepada rupa yang asal.
Duplikasi foto
Untuk mencipta versi foto atau video yang berbeza, anda menduplikasinya dan bekerja pada salinan.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih item yang anda mahu salin, kemudian pilih Imej > Duplikasi 1 Foto (atau tekan Command-D).
Jika anda menduplikasi Live Photo, klik Duplikasi untuk sertakan bahagian video atau Duplikasikan Sebagai Foto Pegun untuk sertakan imej pegun sahaja.
Bandingkan foto atau video sebelum dan selepas mengedit
Semasa mengedit item, anda boleh membandingkan versi diedit dengan yang asal.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Dwiklik foto atau video untuk membukanya, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Untuk melihat imej asal buat sementara waktu, tekan dan tahan kekunci M.
Lepaskan kekunci M untuk melihat item dengan pengeditan.
Salin dan tampal pengeditan
Selepas anda mengedit foto atau video, anda boleh menyalin pengeditan yang anda telah buat dan tampalnya pada item lain. Anda boleh menampal pengeditan ke dalam berbilang item dalam satu masa.
Nota: Anda tidak boleh menyalin dan menampal seting daripada alat sentuh semula, alat mata merah, alat pangkas, atau sambungan parti ketiga.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Pilih item yang anda telah membuat pelarasan, kemudian pilih Imej > Salin Pengeditan.
Aktifkan pengeditan yang anda mahu salin, kemudian klik Salin.
Klik item yang anda mahu gunakan pelarasan (atau Command-klik untuk memilih berbilang item).
Pilih Imej > Tampal Pengeditan.
Anda juga boleh Control-klik item dalam paparan pengeditan dan memilih Salin Pengeditan atau Tampal Pengeditan.
Buat asal perubahan anda
Anda boleh mengeluarkan perubahan pada foto atau video dengan cepat.
Pergi ke app Foto pada Mac anda.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Buat asal perubahan terakhir yang anda buat: Pilih Edit > Buat Asal atau tekan Command-Z.
Buat asal semua perubahan dan pulihkan imej asal: Pilih foto atau video, kemudian pilih Imej >Tukar ke Asal.