macOS Sequoia 15

Lihat tapak web yang anda kecualikan daripada mengisi kata laluan secara automatik pada Mac
Apabila anda memasukkan kata laluan untuk tapak web, anda ditanya jika anda mahu kata laluan disimpan dan dimasukkan secara automatik pada masa depan. Anda boleh melihat semua tapak web yang anda telah pilih untuk tidak pernah menyimpan kata laluan.
Pergi ke app Kata Laluan
pada Mac anda.
Pilih Kata Laluan > Seting.
Di bawah Simpan Kata Laluan, klik “Tunjukkan tapak web dikecualikan”.
Petua: Anda boleh mengeluarkan kata laluan daripada senarai. Pilihnya dan klik
. Kali seterusnya anda memasukkan kata laluan anda untuk tapak web, anda akan ditanya jika anda mahu kata laluan disimpan dan dimasukkan secara automatik pada masa depan.