macOS 15
Eksport kata laluan daripada Mac anda ke fail
Anda boleh mengeksport kata laluan untuk app atau tapak web individu, atau semua kata laluan anda, ke fail.
AMARAN: Kata laluan yang anda eksport kelihatan kepada sesiapa yang mempunyai akses kepada fail.
Eksport kata laluan ke app atau tapak web individu
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Cari dan pilih akaun.
Pilih Fail > Eksport Kata Laluan Dipilih.
Klik Eksport Kata Laluan.
Pilih tempat untuk menyimpan fail kata laluan yang dieksport, kemudian klik Simpan.
Eksport semua kata laluan
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Pilih Fail > Eksport Semua Kata Laluan.
Klik Eksport Kata Laluan.
Pilih tempat untuk menyimpan fail kata laluan yang dieksport, kemudian klik Simpan.