macOS 15
Cari kata laluan anda untuk tapak web atau app pada Mac
Anda boleh menemui kata laluan anda untuk tapak web atau app dengan mencari atau mengisih akaun anda.
Cari kata laluan anda untuk tapak web atau app dengan mencari akaun
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Masukkan nama akaun dalam medan Carian di bahagian atas skrin.
Pilih akaun, kemudian letakkan penuding ke atas siri titik bersebelahan Kata Laluan.
Cari kata laluan anda untuk tapak web atau app dengan mengisih akaun anda
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Semua dalam bar sisi.
Klik , kemudian klik cara anda mahu mengisih akaun anda.
Cari dan pilih akaun, kemudian letakkan penuding ke atas siri titik bersebelahan Kata Laluan.
Lihat jugaGunakan kata laluan pada Mac anda