Tukar kata laluan untuk tapak web atau app pada Mac
Anda boleh menukar kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke tapak web atau app.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik Semua dalam bar sisi, kemudian cari akaun untuk tapak web atau app.
Pilih akaun.
Klik Edit.
Klik Tukar Kata Laluan, kemudian tukar kata laluan anda di tapak web atau dalam app.
Jika tapak web atau app membenarkan anda menggunakan kunci laluan atau untuk menaik taraf ke Daftar masuk dengan Apple, anda boleh memanfaatkan keselamatan dan kemudahan ciri tersebut. Jika anda tidak diberi pilihan naik taraf semasa anda menukar kata laluan anda, kebanyakan akaun membenarkan Mac anda untuk mencipta kata laluan kukuh secara automatik yang anda tidak perlu ingati.
Nota: Jika amaran kelihatan tentang kata laluan untuk tapak web atau app yang tidak lagi tersedia, anda boleh mengeluarkan akaunnya daripada Mac anda dan Rantai Kunci iCloud. Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda, klik Semua, kemudian leret ke kiri pada akaun.