Padamkan kata laluan atau kunci laluan dikongsi pada Mac
Anda boleh memadamkan kata laluan atau kunci laluan akaun yang anda kongsikan dengan kumpulan atau yang orang lain telah kongsikan dengan kumpulan.
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik kumpulan dikongsi dalam bar sisi.
Klik akaun dengan kata laluan atau kunci laluan yang anda mahu padamkan.
Klik Edit.
Klik Padam Kata Laluan atau Padam Kunci Laluan, kemudian klik Padam Kata Laluan atau Padam Kunci Laluan (lagi).
Nota: Jika anda memadamkan kata laluan atau kunci laluan yang anda kongsikan dengan kumpulan, anda mempunyai 30 hari untuk memulihkannya. Jika anda memadamkan kata laluan atau kunci laluan yang orang lain kongsikan dengan kumpulan, mereka menerima pemberitahuan untuk memulihkannya dalam 30 hari. Lihat Pulihkan kata laluan atau kunci laluan terbaru dipadam.