
Lihat kunci pemulihan FileVault untuk Mac anda dalam Kata Laluan
Apabila anda melindungi data pada Mac anda dengan FileVault, anda memperoleh kunci pemulihan semasa persediaan. Jika anda terlupa kata laluan untuk Mac, anda boleh mereset kata laluan dengan memasukkan kunci pemulihan.
Pergi ke app Kata Laluan
pada Mac anda.
Klik Semua dalam bar sisi, kemudian klik nama Mac anda dalam senarai.
Jika anda tidak mengingati nama Mac anda, pergi ke app Seting Sistem
, klik Umum
dalam bar sisi, kemudian klik Perihal dan lihat pada Nama.
Tahan penuding di atas kunci pemulihan untuk mendedahkannya.
Anda boleh mengklik kunci pemulihan untuk menyalinnya.
Nota: Anda boleh melihat kunci pemulihan untuk Mac anda dalam app Kata Laluan pada iPhone atau iPad anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama dengan Mac anda.