Berhenti berkongsi kata laluan atau kunci laluan dengan kumpulan pada Mac
Jika anda tidak lagi mahu berkongsi kata laluan atau kunci laluan akaun dengan kumpulan, anda boleh berhenti berkongsi kata laluan atau kunci laluan khusus, atau meninggalkan kumpulan.
Berhenti berkongsi kata laluan atau kunci laluan
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik kumpulan dikongsi dalam bar sisi.
Klik akaun dengan kata laluan atau kunci laluan yang anda mahu berhenti berkongsi.
Klik menu timbul bersebelahan Kumpulan, pilih Henti Berkongsi, kemudian klik Henti Berkongsi.
Kata laluan atau kunci laluan kini tersedia hanya kepada anda.
Tinggalkan kumpulan yang anda kongsikan kata laluan
Pergi ke app Kata Laluan pada Mac anda.
Klik kumpulan dikongsi dalam bar sisi.
Klik Urus.
Klik Tinggalkan Kumpulan, kemudian klik Tinggalkan Kumpulan (lagi).
Mana-mana kata laluan atau kunci laluan yang anda kongsikan dengan kumpulan dialihkan kembali ke rantai kunci peribadi anda.
Petua: Selepas anda meninggalkan kumpulan atau berhenti berkongsi kata laluan atau kunci laluan dengan kumpulan, anda patut menukar kata laluan atau kunci laluan yang anda kongsikan, kerana orang dalam kumpulan mungkin telah menyalinnya.