
Cipta kata laluan untuk tapak web atau app pada Mac
Mac anda boleh menjana kata laluan untuk digunakan pada tapak web atau app.

Pergi ke app Kata Laluan
pada Mac anda.Klik Semua dalam bar sisi.
Klik
.Masukkan butiran tentang tapak web atau app dan nama pengguna untuk akaun anda.
Klik medan Kata Laluan, kemudian pilih Kata Laluan Kukuh atau Tanpa Aksara Khas.
Klik Simpan.
Anda juga boleh mencipta kata laluan apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan di tapak web dan dalam app. Lihat Isi auto nama pengguna dan kata laluan anda dalam Safari.
Nota: Jika anda menggunakan pengurus kata laluan pihak ketiga, anda boleh menerima kata laluan kukuh yang dicadangkan oleh pengurus kata laluan atau masukkan kata laluan anda sendiri. Kata laluan anda disimpan dalam pengurus kata laluan. Anda boleh mengisi kata laluan secara automatik daripada sehingga tiga pengurus kata laluan.