Gantikan teks secara automatik dalam Pages pada Mac
Anda boleh setkan Pages untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks yang anda tentukan. Contohnya, anda boleh membuatkan Pages menggantikan teh dengan the atau (c) dengan © semasa anda taip.
Anda juga boleh menggantikan semua tika teks tertentu dalam dokumen anda dengan teks lain yang anda tentukan.
Gantikan teks semasa anda menaip
Pilih Pages > Seting (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).
Klik Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap seting.
Dalam bahagian Penggantian, pilih kotak semak bersebelahan “Penggantian simbol dan teks”.
Klik , kemudian taipkan teks yang anda mahu gantikan (seperti “teh”) dalam lajur Gantikan.
Dalam lajur Dengan, taipkan perkataan yang anda mahu gantikannya (seperti “the”).
Anda juga boleh menggunakan emoji dan simbol sebagai penggantian.
Tekan Return untuk menyimpan perubahan.
Penggantian teks ini digunakan hanya untuk Pages.
Gantikan teks tersedia dalam dokumen
Jika anda mahu menggantikan teks tertentu yang kelihatan di berbilang tempat dalam dokumen, anda boleh menambah teks penggantian pada seting Papan Kekunci komputer anda, kemudian gunakan tetingkap Penggantian untuk menggantikan teks di tempat ia kelihatan.
Dengan dokumen terbuka, pilih Edit > Penggantian > Tunjukkan Penggantian (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).
Dalam tetingkap Penggantian, pilih kotak semak Penggantian Teks, kemudian klik Seting Teks.
Anak tetingkap Papan Kekunci pada seting dibuka (ia sebahagian daripada Seting Sistem komputer anda).
Klik Penggantian Teks.
Klik , kemudian taipkan teks yang anda mahu gantikan (seperti change) dalam lajur Gantikan.
Taipkan perkataan yang anda mahu gantikannya (seperti modify) dalam lajur Dengan.
Selepas entri terakhir anda, tekan Return, kemudian tutup tetingkap seting.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Gantikan semua kejadian teks: Dalam tetingkap Penggantian, klik Gantikan Semua. Jika anda mempunyai penggantian lain dalam seting Papan Kekunci, ia juga digunakan pada dokumen anda.
Gunakan penggantian pada teks tertentu: Pilih teks yang anda mahu ubah suai, kemudian dalam tetingkap Penggantian, klik Gantikan dalam Pilihan.
Nota: Pilihan penggantian teks dalam seting Papan Kekunci digunakan untuk aplikasi lain pada komputer anda, seperti TextEdit, Numbers dan Keynote, apabila ia mempunyai penggantian teks aktif.