Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Cari dokumen dalam Pages pada Mac
Anda boleh cari dokumen terbaru dibuka dalam Pages, atau gunakan Spotlight untuk mencari dokumen mengikut tajuk atau kandungannya. Spotlight mencari Mac dan lampiran e-mel anda.
Cari dokumen
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cari fail terbaru dibuka: Dalam Pages, pilih Fail > Buka Terbaru Diguna (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih dokumen. Pages menunjukkan sepuluh dokumen terakhir yang anda buka.
Cari fail mengikut tajuk atau kandungannya: Klik ikon Spotlight (ia kelihatan seperti kaca pembesar) dalam bar menu di penjuru kanan atas skrin anda, kemudian masukkan satu atau lebih perkataan daripada tajuk atau kandungan dokumen. Dalam hasil carian, klik dokumen untuk melihat pratontonnya, atau untuk melihat lokasinya pada komputer anda, tekan kekunci Command. Untuk membuka dokumen, dwiklik padanya.