Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain dalam Pages pada Mac
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada halaman. Jadual, carta, kotak teks, bentuk dan foto ialah contoh objek. Jenis objek diwakili oleh butang dalam bar alat. Klik butang ini untuk pilih objek tertentu untuk ditambahkan pada dokumen anda.
Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai atribut individu objek tersebut—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi—atau anda boleh menukar rupa keseluruhan objek dengan cepat dengan menggunakan gaya objek diprareka bentuk padanya. Gaya objek ialah gabungan atribut yang direka bentuk agar sepadan dengan templat yang anda gunakan.
Apabila anda memilih objek, anda melihat kawalan pemformatannya dalam bar sisi di sebelah kanan. Hanya kawalan untuk jenis objek yang anda pilih akan kelihatan. Jika anda tidak nampak bar sisi, klik dalam bar alat. (Klik butang sekali lagi untuk menyembunyikan bar sisi.)
Anda boleh melapiskan objek, mensaiz semula dan mengawal cara teks mengalir di sekelilingnya pada halaman. Sebagai contoh, anda boleh membuatkan teks membalut di sekeliling objek, atau meletakkan objek sebaris, supaya ia terletak pada garis yang sama dengan teks dan beralih dengan teks semasa anda menaip. Sesetengah objek juga boleh dibuat sebaris tersarang dengan teks dalam kotak teks atau bentuk.