Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta
Tukar seting Pages pada Mac
Pilihan dalam Seting mempengaruhi kelakuan Pages dan ia digunakan pada semua dokumen Pages anda.
Buka seting Pages
Pilih Pages > Seting (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).
Untuk melihat setiap kumpulan seting, klik Umum, Pembaris atau Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap.
Kebanyakan seting ialah sebahagian daripada seting sistem untuk Mac anda, berbanding seting Pages. Contohnya, untuk menukar sesetengah seting bahasa dalam macOS 13 atau lebih baharu, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Dalam macOS 12 atau lebih awal, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Papan Kekunci.)
Anda boleh menukar sesetengah seting, seperti pembetulan ejaan auto, di tiga tempat: dalam Seting Sistem (atau Keutamaan Sistem) untuk pembetulan ejaan dalam semua app; dalam seting Pages untuk semua dokumen Pages; dan dalam menu Edit untuk dokumen semasa.