Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Setkan margin dokumen dalam Pages pada iPad
Jika anda bekerja dengan dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh mengesetkan margin dokumen atas, bawah, kiri dan kanan. Dalam dokumen tataletak halaman, anda mengeset margin untuk pengepala dan pengaki. Seting anda digunakan pada keseluruhan dokumen. Untuk mengesetkan margin untuk perenggan individu, lihat Setkan margin perenggan.
Setkan margin
Ketik , ketik Pilihan Dokumen, kemudian ketik Persediaan Dokumen.
Ketik Pilihan Lanjut di bahagian bawah kawalan.
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda mungkin perlu mengetik tab Dokumen di bahagian atas skrin untuk melihat Pilihan Lanjut.
Dalam paparan Pilihan Lanjut, seret anak panah berganda di bahagian atas, bawah dan sisi dokumen untuk mengeset margin.
Untuk dokumen yang menggunakan halaman bertentangan, anda lihat dua halaman dalam paparan Pilihan Lanjut. Margin kedua-dua halaman bertukar semasa anda menyeret anak panah.
Apabila anda selesai, ketik Selesai di penjuru kiri atas untuk menutup paparan Pilihan Lanjut dan kembali ke dokumen.