dokumen tataletak halaman
Dokumen tataletak halaman ialah seperti kanvas kosong yang anda tambahkan kotak teks, imej dan objek lain, kemudian menyusunnya pada halaman mengikut keinginan anda. Halaman baharu mesti ditambahkan secara manual. Dokumen tataletak halaman digunakan terutamanya untuk mencipta dokumen dengan rekaan tersuai, seperti surat berita atau poster.
Untuk melihat sama ada dokumen disediakan untuk tataletak halaman, pilih teks, kemudian ketik dalam bar pintasan di atas papan kekunci. Jika Pemisah Halaman terdapat dalam pilihan, ia ialah dokumen pemproses perkataan dan bukan dokumen tataletak halaman.