Panduan Pengguna Pages untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu dalam Pages 14.2
-
- Pengenalan kepada Pages
- Pemprosesan perkataan atau tataletak halaman?
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cari dokumen
- Buka dokumen
- Simpan dan namakan dokumen
- Cetak dokumen atau sampul
- Salin teks dan objek antara app
- Gerak isyarat skrin sentuh asas
- Gunakan Apple Pencil dengan Pages
- Sesuaikan bar alat
- Hak Cipta
Simpan dan namakan dokumen dalam Pages pada iPad
Pages menyimpan dokumen anda secara automatik semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai. Pada bila-bila masa, anda boleh menamakan semula dokumen atau mencipta salinannya dengan nama lain.
Namakan semula dokumen
Pergi ke app Pages pada iPad anda.
Buka dokumen yang anda mahu namakan semula.
Ketik dalam bar alat, kemudian ketik Namakan Semula.
Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan nama semasa dengan cepat, ketik dalam medan teks.
Simpan salinan dokumen
Pergi ke app Pages pada iPad anda.
Jika dokumen sudah dibuka, ketik di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Sentuh dan tahan imej kecil dokumen yang anda mahu salin, angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi.
Duplikasi kelihatan dengan nombor ditambah pada namanya.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda salin, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan Cari dokumen.